Semalam
22.5.06 dengan tidak disangka sangka cempedak menjadi nangka aku terima
satu pek plastik berisi hasil laut iaitu sotong ketuk bergula, keropok
bebola sotong, satay cucuk jelly fish, keropok bijan jelly fish dan
ikan satay. Ianya adalah ole ole daripada lawatannya ke Pulau
Pangkor, Projek Sotong Kering 20-21 Mei 2006. Nyam...nyam..nyam
sedapnya hingga langsai lansung clear tak sempat simpan besok. Anyway
yam leaf thank you my fren, lain kali beri lagi.
Posted at 11:50 pm by barryarnie
Permalink
tanggal 18 May 1985
lahir seorang bayi
nama Ahmad Daniel
sungguh comel
ditatang dibelai mesra
penuh kasih sayang
tangis tawa mu
bawa ceria suasana
kini kau telah menjangkau 21
pada hari ini
satu angka tanda kebebasan
terbanglah dan harungilah
alam yang penuh dugaan
semoga pengalaman menjadikan
kau semakin matang
di doa semoga sejahtera
gembira selalu
selamat hari jadi Danny
Posted at 02:29 pm by barryarnie
Permalink
Hari ini aku sangat susah hati kerana apabila aku nak guna pakai wayar ear phone untuk handphone
aku didapati ianya tiada, aku cari di merata tempat yang aku selalu
letak barang keperluan aku dan di tempat tertentu aku masih tak jumpa. Pening aku memikirkannya dimana aku telah misplace barang itu. Last last aku benar benar minta tolong sahabat aku kalau boleh membantu ......... dimana
aku perlu cari lagi. Kalau kali ini tak jumpa juga bermakna sudah dua
kali aku kehilangan barang tersebut. Aku susah hati sangat kerana
barang itu adalah original
dan mahal, kalau murah aku tak kisah sangat. Kenapalah aku ini pelupa
sangat dimana aku letak. Yang pertama hilang sampai sekarang tak jumpa
jumpa, pening pening pening, entahlah perlu kah aku beli yang baru lepas tu hilang lagi.
Posted at 03:35 pm by barryarnie
Permalink
Kem Lambaian Danau, Chinchin, Melaka (12 Mei 2006)
lambaian mu
mengheret aku
menjejaki menikmati
keajaiban mu
tersimpan khazanah
alam semula jadi
tiada hiruk pikuk
segar bersih udara mu
suasana tenang
air tasik tiada gelora
terbentang luas
saujana mata memandang
tengah hari rezeki
hidangan lazat
mee goreng mamak
mee goreng basah
minuman melega haus tekak
petang santai
untuk menduga
aku terjun ke dada mu
menikmati pelukan mu
dibuai alunan mesra
dingin arus mengusap tubuh ku
sungguh leka asyik
senja berlalu cemburu
menolak aku dari dakapan mu
aku akur
semasa aku dalam dunia mu
banyak ku pelajari
tentang diri mu disana
satu pengajaran
sedih kedukaan
muncul
tawa keriangan
penawar
gundah gulana
malam jamuan
nasi putih panas
kari daging kentang
sayur kacang panjang
teh ais
layanan mengusik jiwa
terima kasih sejujurnya
tuan punya kak jie pak let
tak terbalas budi mu
lewat malam
berat aku meninggalkan mu
tapi apakan daya
aku paksa rela melepaskan mu
walau terserlah
keikhlasan
kebenaran mu
kenangan meruntun hati
melambai danau cintaku
selamat tinggal
Posted at 03:35 pm by barryarnie
Permalink
semasa ku kecil
dibelai mesra
semasa ku remaja
dimanja limpah kasih sayang
semasa ku dewasa
ditinggalkan berdikari
ratu ku telah pergi
kerna tuhan lebih menyayangi mu
rindu ku teramat sangat
rindu pada suapan nasi
amat selera sekali
walau kuah kicap lauk ikan goreng
tangan lembut mu berbakti
untuk anak anak yang tersayang
rindu rindu rindu
pada mu ratu ku
kini tinggal kenangan
diiringi doa
dia ibu ku
Posted at 01:03 pm by barryarnie
Permalink
Mengapa kau datang
Ku fikir dulu kau pergi
Selama-lamanya
Takkan kunjung tiba lagi
Luka berdarah pedih
Benci benci
Mengerti
Nyah kau dari aku
Seksa Seksa
Menanggung tidak terperi
Entah bila kepemergian mu
Tertangguh tertangguh
Sabar menanti
Lega bila kau tiada lagi
Posted at 09:52 am by barryarnie
Permalink
Sedekah itu
Dapat hapuskan dosa
Bagaimana air memadam api
Perbuatan baik adalah sedekah
Bertolonglah
Diantara kamu membuat kebaikan
Beruntunglah
Orang yang dari tangannya mengalir kebaikan
Celakalah
Orang yang dari tangannya mengalir keburukan
Posted at 07:51 pm by barryarnie
Permalink
Sabda Rasulullah s.a.w
Tidak akan masuk syurga
Selain pengasih
Bukanlah pengasih
Orang yang menyayangi dirinya sahaja
Tetapi pengasih itu
Orang yang menyayangi orang lain
Seperti menyayangi diri sendiri
Para pengasih akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih
Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi
Siapa yang tidak pemaaf takkan dimaafi
Pemurah itu dekat pada Allah
Dekat dari syurga
Dekat dari manusia
Jauh dari Neraka
Orang bakhil jauh dari Allah
Jauh dari Syurga
Jauh dari manusia
Dekat pada neraka
Posted at 07:13 pm by barryarnie
Permalink
KEHILANGAN SEBUTIR MUTIARA
Semalam di Bangsar
Tanggal 23 April 2006 (Ahad) bersamaan 24 Rabiulawal 1427H
Kehilangan sebutir mutiara putih yang bergemerlapan
Kepemergian mu meninggalkan harum nama
Pejuang bangsa dan negara
Tidak ternilai bak putih mutiara digilap sentiasa
Menabur jasa tiada penghujungnya
Tidak jemu berbakti tokoh berjasa
Sukar dicari ganti negarawan sejati
Negarawan tulen harapan bangsa
Meninggalkan kita buat selamanya
Bersemadi di makam Pahlawan Masjid Negara
Jasa mu tetap dikenang Pahlawan Ku
Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba
Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat keatas roh allahyarham
Dan ditempatkan dimakam orang orang yang soleh
AMIN
Posted at 07:12 pm by barryarnie
Permalink
Malam
semalam sebaik sahaja aku sampai dan menjejaki kaki di hadapan pintu
rumah lalu mendapat khabar sedih bahawa sahabat lama aku telah
meninggalkan aku buat selama-lamanya. Tiba-tiba
terasa sebak dan tanpa disedari air mengalir di pipi ku, buat seketika
aku termenung mengingatinya lantas aku telefon untuk mengucapkan
takziah kepada keluarganya dan supaya banyak bersabar kerana ia sudah
ketentuan Allah Taala dan aku diberitahu bahawa sahabat ku telah
selamat dipusarakan. Semalam aku tidak
dapat tidur dengan nyenyak kerana mengenangkan jasa beliau dalam
persahabatan kami. Walaubagaimana pun tidak disedari bila masa aku
terlelap sedar-sedar sudah subuh. Lantas aku bangun dan ke bilik mandi,
setelah semua siap aku ambil sarapan ringan lalu aku mencari pena dan
kertas untuk coretan kenangan ketika saat-saat suka duka bersama
sahabat ku yang bernama BUDIMAN.
Ini Buat Mu BUDIMAN
Dapatkah aku melupakan Budi mu
Kerna Budi aku senang sekali
Selama ini sakit, susah, senang ku bersama mu Budi
Budi mu ditabur sebelum mati
Sungguh mulia hidup Budi pekerti mu
Jasa Budi mu dibawa mati
Dapatkah aku melupakan dan meninggalkan Budi mu
Budi dan jasa mu tetap dikenang
Terima kasih atas segalanya BUDIMAN
Selamat tinggal BUDI buat selamanya.
Al Fatihah.
Tiba-tiba sebuah kereta park di hadapan gate
rumah jiran aku, berkumandang radio kereta kedengaran muziknya agak
kuat sehingga sampai ke dalam rumah dengan alunan lagu kegemaran ku
sejujurnya AKU TAKKAN MELUPAKAN MU
daripada nyanyian Kumpulan Indonesia RADJA………..sungguh pilu dan
menyayat hati ku. Waktu sudah melepasi jam 12.35 petang, cepat-cepat
aku siap dan bergegas ke tempat kerja.
Posted at 04:42 pm by barryarnie
Permalink