RENONGAN DILEMA AKU GATAL KERANA GATAL
Bila aku menasihati aku gatal mulut
Bila aku menulis aku gatal tangan
Bila aku lambat bantu aku gatal kini 'garok' esok
Bila aku kurang faham lain yang disoal lain jawab aku lain gatal lain 'garok'
Bila aku perlukan sesuatu aku kena gatal aku kena 'garok'
Bila aku dapat rezeki tangan aku mula gatal
Bila aku kawan perempuan keliling pinggang aku gatal ulat bulu
Bila aku mula turut nafsu aku gatal hingga ke tulang
Bila aku mula berkudis aku sakit gatal
Bila aku mula tidak sabar hendak buat sesuatu aku gatal gatal
Bila aku minat berjoget kaki aku gatal
Bila aku mula 'tergarok -garok' aku macam terkena daun gatal
Bila aku mula menggigit aku macam semut gatal
Bila aku mula ingin peka dengan perkembangan isu semasa aku gatal Pak Sibuk
Bila aku mula mengambil berat aku gatal suka jaga tepi kain orang
Bila aku sering menziarah aku kononnya ke menggatal
Beginilah dilema aku dek penangan gatal kerana gatal.
Posted at 09:18 pm by barryarnie
Permalink

Hari ini aku sangat bertuah kerana kawan aku bawa aku first time masuk CC untuk mencuba chatting dengan kenalan baru. Tapi aku agak gelabah sedikit kerana suasananya agak berbeza tidak seperti chatting kat rumah. Oleh kerana aku dah lama tak tulis, hari ini aku lepas gian untuk bercerita. Apa agaknya aku nak tulis nie
ooopp hari itu aku dijemput oleh kawan aku untuk menyaksikan satu program kebudayaan di Dewan Bahasa & Pustaka iaitu persembahan Kiai Kanjeng, for the first time aku tengok persembahan yang begitu menarik sekali kerana aku tak pernah tengok persembahan seperti itu sebelum ini. Muzik yang dipermainkan sungguh mengasyikkan dan diselang seli dengan penyampainya cukup bijak hingga membuat aku begitu terpegun dengan telatahnya kerana disebalik telatahnya terkandung isu-isu yang menarik melahirkan mesej bersifat keagungan Allah.
Walaupun aku kurang faham sesetengah perkataan yang digunakan namun terdapat cerita-cerita yang mencuit hati yang aku boleh faham walaupun penyampainya menggunakan bahasa atau loghat jawa. Aku kira ini adalah satu pendekatan yang sangat baik disamping menghibur dapat berdakwah melalui program muzik. Lagu-Lagu yang dinyanyikan dan dipersembahkan berunsurkan Islam. Pada malam itu tidak ketinggalan penyanyi papa rock iaitu saudara Ramli Sarip dijemput naik ke pentas dan beliau menyampaikan sebuah lagu yang liriknya menyebut Tuhan itu Satu. Sedar-sedar persembahan sudah hampir penghujungnya dan aku kira seperti ianya baru bermula sahaja.
Program dijangka tamat jam 11.00 malam rupa-rupa ianya berlanjutan sehingga jam 11.30 malam. Selepas program selesai dan hari pun sudah lewat malam aku balik terus ke rumah dengan membawa kenangan manis. Sebelum balik aku sempat beli CD Kiai Kanjeng persembahan di United Kingdom untuk kenang-kenangan.
Posted at 08:11 pm by barryarnie
Permalink