|| B.I.L.A H.A.T.I B.E.R.C.E.R.I.T.A. ||

   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



May 23, 2006
Ole Ole Pangkor

Semalam 22.5.06 dengan tidak disangka sangka cempedak menjadi nangka aku terima satu pek plastik berisi hasil laut iaitu sotong ketuk bergula, keropok bebola sotong, satay cucuk jelly fish, keropok bijan jelly fish dan ikan satay.  Ianya adalah ole ole daripada lawatannya ke Pulau Pangkor, Projek Sotong Kering 20-21 Mei 2006. Nyam...nyam..nyam  sedapnya hingga langsai lansung clear tak sempat simpan besok. Anyway yam leaf thank you my fren, lain kali beri lagi.

Posted at 11:50 pm by barryarnie
Make a comment  

May 18, 2006
Ulang Tahun Kelahiran

tanggal 18 May 1985

lahir seorang bayi

nama Ahmad Daniel

sungguh comel

ditatang dibelai mesra

penuh kasih sayang

tangis tawa mu

bawa ceria suasana

kini kau telah menjangkau 21

pada hari ini

satu angka tanda kebebasan

terbanglah dan harungilah

alam yang penuh dugaan

semoga pengalaman menjadikan

kau semakin matang

di doa semoga sejahtera

gembira selalu

selamat hari jadi Danny

 

 


Posted at 02:29 pm by barryarnie
Make a comment  

May 17, 2006
Tak Jumpa

Hari ini aku sangat susah hati kerana apabila aku nak guna pakai wayar ear phone untuk handphone aku didapati ianya tiada, aku cari di merata tempat yang aku selalu letak barang keperluan aku dan di tempat tertentu aku masih tak jumpa.  Pening aku memikirkannya dimana aku telah misplace barang itu. Last last aku benar benar minta tolong sahabat aku kalau boleh membantu ......... dimana aku perlu cari lagi. Kalau kali ini tak jumpa juga bermakna sudah dua kali aku kehilangan barang tersebut. Aku susah hati sangat kerana barang itu adalah original dan mahal, kalau murah aku tak kisah sangat. Kenapalah aku ini pelupa sangat dimana aku letak. Yang pertama hilang sampai sekarang tak jumpa jumpa,  pening pening pening, entahlah perlu kah aku beli yang baru lepas tu hilang lagi. 


Posted at 03:35 pm by barryarnie
Make a comment  

May 15, 2006
Kem Lambaian Danau, Chinchin, Melaka (12 Mei 2006)

lambaian mu

mengheret aku

menjejaki menikmati

keajaiban mu

tersimpan khazanah

alam semula jadi

tiada hiruk pikuk

segar bersih udara mu

suasana tenang

air tasik tiada gelora

terbentang luas

saujana mata memandang

tengah hari rezeki

hidangan lazat

mee goreng mamak

mee goreng basah

minuman melega haus tekak

petang santai

untuk menduga

aku terjun ke dada mu

menikmati pelukan mu

dibuai alunan mesra

dingin arus mengusap tubuh ku

sungguh leka asyik

senja berlalu cemburu

menolak aku dari dakapan mu

aku akur

semasa aku dalam dunia mu

banyak ku pelajari

tentang diri mu disana

satu pengajaran

sedih kedukaan

muncul

tawa keriangan

penawar

gundah gulana

malam jamuan

nasi putih panas

kari daging kentang

sayur kacang panjang

teh ais

layanan mengusik jiwa

terima kasih sejujurnya

tuan punya kak jie pak let

tak terbalas budi mu

lewat malam

berat aku meninggalkan mu

tapi apakan daya

aku paksa rela melepaskan mu

walau terserlah

keikhlasan

kebenaran mu

kenangan meruntun hati

melambai danau cintaku

selamat tinggal

 


Posted at 03:35 pm by barryarnie
Comments (2)  

May 8, 2006
Dia Ibu Ku

semasa ku kecil

dibelai mesra

semasa ku remaja

dimanja limpah kasih sayang

semasa ku dewasa

ditinggalkan berdikari

ratu ku telah pergi

kerna tuhan lebih menyayangi mu

rindu ku teramat sangat

rindu pada suapan nasi

amat selera sekali

walau kuah kicap lauk ikan goreng

tangan lembut mu berbakti

untuk anak anak yang tersayang

rindu rindu rindu

pada mu ratu ku

kini tinggal kenangan

diiringi doa

dia ibu ku


Posted at 01:03 pm by barryarnie
Make a comment  

May 3, 2006
Aduhai Sakitnya

Mengapa kau datang

Ku fikir dulu kau pergi

Selama-lamanya

Takkan kunjung tiba lagi

Luka berdarah pedih

Benci benci

Mengerti

Nyah kau dari aku

Seksa Seksa

Menanggung tidak terperi

Entah bila kepemergian mu

Tertangguh tertangguh

Sabar menanti

Lega bila kau tiada lagi


Posted at 09:52 am by barryarnie
Make a comment  

Apr 27, 2006
SEDEKAH

Sedekah itu

Dapat hapuskan dosa

Bagaimana air memadam api

Perbuatan baik adalah sedekah

Bertolonglah

Diantara kamu membuat kebaikan

Beruntunglah

Orang yang dari tangannya mengalir kebaikan

Celakalah

Orang yang dari tangannya mengalir keburukan


Posted at 07:51 pm by barryarnie
Make a comment  

Apr 25, 2006
KASIH SAYANG

Sabda Rasulullah s.a.w
Tidak akan masuk syurga
Selain pengasih
Bukanlah pengasih
Orang yang menyayangi dirinya sahaja
Tetapi pengasih itu
Orang yang menyayangi orang lain
Seperti menyayangi diri sendiri
Para pengasih akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih
Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi
Siapa yang tidak pemaaf takkan dimaafi
Pemurah itu dekat pada Allah
Dekat dari syurga
Dekat dari manusia
Jauh dari Neraka
Orang bakhil jauh dari Allah
Jauh dari Syurga
Jauh dari manusia
Dekat pada neraka 


Posted at 07:13 pm by barryarnie
Make a comment  

Apr 24, 2006
KEHILANGAN SEBUTIR MUTIARA

Semalam di Bangsar

Tanggal 23 April 2006 (Ahad) bersamaan 24 Rabiulawal 1427H

Kehilangan sebutir mutiara putih yang bergemerlapan

Kepemergian mu meninggalkan harum nama

Pejuang bangsa dan negara

Tidak ternilai bak putih mutiara digilap sentiasa

Menabur jasa tiada penghujungnya

Tidak jemu berbakti tokoh berjasa

Sukar dicari ganti negarawan sejati

Negarawan tulen harapan bangsa

Meninggalkan kita buat selamanya

Bersemadi di makam Pahlawan Masjid Negara

Jasa mu tetap dikenang Pahlawan Ku

Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba

 

Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat keatas roh allahyarham

Dan ditempatkan dimakam orang orang yang soleh

 

AMIN

 

 


Posted at 07:12 pm by barryarnie
Make a comment  

Apr 22, 2006
Jasa Mu Tetap Dikenang

Malam semalam sebaik sahaja aku sampai dan menjejaki kaki di hadapan pintu rumah lalu mendapat khabar sedih bahawa sahabat lama aku telah meninggalkan aku buat selama-lamanya.  Tiba-tiba terasa sebak dan tanpa disedari air mengalir di pipi ku, buat seketika aku termenung mengingatinya lantas aku telefon untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya dan supaya banyak bersabar kerana ia sudah ketentuan Allah Taala dan aku diberitahu bahawa sahabat ku telah selamat dipusarakan.  Semalam aku tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana mengenangkan jasa beliau dalam persahabatan kami. Walaubagaimana pun tidak disedari bila masa aku terlelap sedar-sedar sudah subuh. Lantas aku bangun dan ke bilik mandi, setelah semua siap aku ambil sarapan ringan lalu aku mencari pena dan kertas untuk coretan kenangan ketika saat-saat suka duka bersama sahabat ku yang bernama BUDIMAN.

 

Ini Buat Mu BUDIMAN

 

Dapatkah aku melupakan Budi mu

Kerna Budi aku senang sekali

Selama ini sakit, susah, senang ku bersama mu Budi

Budi mu ditabur sebelum mati

Sungguh mulia hidup Budi pekerti mu

Jasa Budi mu dibawa mati

Dapatkah aku melupakan dan meninggalkan Budi mu

Budi dan jasa mu tetap dikenang

Terima kasih atas segalanya BUDIMAN

Selamat tinggal BUDI buat selamanya.

 

Al Fatihah.

 

Tiba-tiba sebuah kereta park di hadapan gate rumah jiran aku, berkumandang radio kereta kedengaran muziknya agak kuat sehingga sampai ke dalam rumah dengan alunan lagu kegemaran ku sejujurnya AKU TAKKAN MELUPAKAN MU daripada nyanyian Kumpulan Indonesia RADJA………..sungguh pilu dan menyayat hati ku. Waktu sudah melepasi jam 12.35 petang, cepat-cepat aku siap dan bergegas ke tempat kerja. 

 

 


Posted at 04:42 pm by barryarnie
Make a comment  

Next Page